Tarikh   : 07 Mei 2023

 

Masa    : 2.15 – 4.30 petang

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Memberi dan menyediakan kelas bimbingan secara berpusat kepada pelajar-pelajar di samping kelas harian biasa yang ada disekolah masing-masing dan sebagai cara untuk memanfaatkan dan mengisi masa lapang pelajar pada hujung minggu. Di samping itu, ia dapat mempromosikan kemudahan dan program yang ada di PEDi kepada masyarakat.

 

Aktiviti

Pelajar mengikuti kelas E-Tuisyen menerusi program E-Tuisyen PEDi melalui platform Zoom yang dijalankan secara dalam talian. Petugas memantau dan memberi bimbingan kepada pelajar sepanjang kelas diadakan terutamanya tentang cara menggunakan aplikasi Zoom agar sesi pembelajaran dan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar.