Latar belakang

Ikmal Hazim merupakan pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Merapok dan merupakan antara ahli yang terawal mendaftar di Pusat Internet Merapok. Ikmal merupakan anak keempat daripada lima adik beradik dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PIK. Ikmal juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan sering mewakili sekolah dalam pertandingan yang dianjurkan pada peringkat sekolah dan daerah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan PI Merapok, Ikmal Hazim hanya mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer dan internet. Penggunaan komputer dan internet  juga terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui penglibatan PI daripada kelas-kelas dan program yang dijalankan, Ikmal kini sudah menguasai pelbagai jenis perisian yang mudah. Selain itu, Ikmal sudah semakin mahir menggunakan pelayar internet (internet browser) dalam mencari maklumat dan menggunakannya dengan lebih beretika.

Ikmal yang juga berbakat dan mempunyai minat dalam bidang nyanyian sering membuat pencarian maklumat seperti lirik-lirik lagu dan video nyanyian yang berkaitan sebagai latihan sebelum mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian.

 

Latar belakang

Nur Shidah merupakan pelajar Tingkatan lima yang merupakan antara sukarelawan dan Ahli Jawatankuasa PI yang aktif serta sering melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PI Merapok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan PI, Nur Shidah yang tinggal di Kampung Petarikan Merapok berhadapan masalah talian internet yang kurang stabil dan memerlukan kemudahan internet yang baik bagi memudahkan pencarian maklumat dalam talian. Nur Shidah juga belum menguasai kemahiran asas dalam penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui penglibatan PI, Nur Shidah sudah dapat menguasai pelbagai perisian. Kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet juga bertambah baik. PI turut menyediakan kemudahan tempat kepada beliau dan rakan untuk membuat perbincangan atau menyiapkan tugasan-tugasan berkumpulan. Kebiasaannya Nur Shidah dan rakan sekelasnya yang lain akan berkumpul di PI Merapok pada hujung minggu.

Selain itu, Nur Shidah juga banyak mendapat pendedahan kepada asas pengurusan majlis. Melalui penglibatan sebagai sukarelawan semasa program yang dijalankan di PI, Nur Shidah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis seperti AJK Pendaftaran, AJK Hadiah dan Cenderahati, dan sebagainya. Penglibatan seperti ini selain dapat memastikan acara berjalan lancar, beliau juga akan mendapat pendedahan dan belajar cara pengendalian dan mengatur sesebuah majlis bagi memberi pengalaman kepada mereka pada masa akan datang.

 

Nama   : Syazzwan bin Safri

 

Umur   : 18 tahun

 

Ahli      : 2017

 

 

Latar belakang

Syazzwan merupakan pelajar sekolah menengah di Sekolah Menengah kebangsaan Merapok dan merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI Merapok, Syazzwan belum mahir dalam penggunaan komputer dan internet dan memerlukan kemudahan komputer dan internet bagi mencari bahan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan PI dan program yang dianjurkan di PI Merapok, Syazzwan dapat menguasai penggunaan komputer dan internet selain dapat menguasai perisian-perisian yang mudah seperti Microsoft Words dan Microsoft Power Point. Selain itu, kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PI juga memudahkan beliau untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan sekolah.

Syazzwan juga telah memenangi pertandingan kuiz Dashboard Komuniti peringkat Negeri Sarawak pada awal tahun 2019 dan berjaya menduduki tempat ketiga serta mendapat sebuah telefon pintar berjenama Huawei. Kemenangan tersebut telah menaikkan semangat Syazzwan untuk terus terlibat dan aktif menyertai program anjuran PI Merapok.

 

Nama   : Norzahirah binti Mohammad Rosman

 

Umur   : 21

 

Ahli     : 2018

 

 

Latar belakang

Norzahirah merupakan merupakan mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak dan sedang menuntut dalam tahun kedua.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI Merapok, Zahirah mengalami kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan akses internet, kemudahan komputer untuk membuat tugasan serta kemudahan lain seperti mencetak, fotostat dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan PI, Zahirah dapat menggunakan pelbagai kemudahan yang disediakan di PI dengan mudah lebih-lebih lagi lokasi antara kediaman beliau dan PI Merapok hanya kira-kira 1 KM. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan semasa penularan virus Covid-19, pengajian beliau di kampus terpaksa dihentikan dan bertukar kepada pengajian secara dalam talian. Sepanjang tempoh pembelajaran secara dalam talian, Zahirah sering datang ke PI Merapok bagi menggunakan perkhidmatan komputer serta internet bagi mengikuti kuliah dan peperiksaan dalam talian.

Nama  : Awangku Farifiqwal

 

Umur  : 13 tahun

 

Ahli     : 2017

 

 

Latar belakang

Iqwal merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sindumin dan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Iqwal sangat aktif menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan di PI Merapok 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum PI Merapok dibuka, kemudahan penggunaan komputer dan internet dalam kalangan pelajar yang tidak memiliki komputer di rumah sendiri adalah rendah dan mereka hanya dapat menggunakan komputer semasa subjek tertentu di sekolah. Awangku Iqwal juga baru mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan komputer semasa awal pembukaan PI Merapok.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pelbagai aktiviti dan kelas yang disertai di PI Merapok, Awangku Iqwal semakin dapat menguasai penggunaan komputer dan internet. Kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office seperti Word, Publisher dan Power Point juga semakin baik. Kemudahan seperti komputer, internet, dan cetakan juga memudahkan Awangku Iqwal untuk mendapatkan maklumat berkenaan tugasan sekolah. Awangku Iqwal juga aktif menjadi Ahli Jawatan Kuasa bagi setiap program yang dianjurkan di PI Merapok.