Nama  : Rafidah binti Ahmad

 

Umur   : 29

 

Ahli      : 2018

 

 

Latar belakang

Puan Rafidah Ahmad merupakan peniaga makanan secara kecil-kecilan. Seorang suri rumah dan mempunyai dua orang anak tidak menghalang minatnya dalam masakan dan perniagaan makanan. Puan Rafidah mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan makanan dan sudah mula bekerja dalam penyediaan makanan seperti katering dan pembantu tukang masak sejak berusia 18 tahun lagi.

Gerai makanan Puan Rafidah yang dikenali sebagai Rafidah Ahmad Corner semakin aktif beroperasi sejak awal tahun ini. Selain gerai makanan, Rafidah Ahmad Corner turut memperkenalkan perkhidmatan penghantaran makanan bagi sekitar Merapok sehingga ke Sindumin, Sabah. Perkhidmatan ini menjadikan perniagaan beliau lebih istimewa dan kehadapan berbanding perniagaan makanan lain yang terdapat di sini.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Rafidah hanya berniaga di rumah dan pelanggan terdiri daripada jiran dan penduduk kampung yang terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT dan penglibatan PI, Puan Rafidah dapat mengembangkan dan mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih pantas dan mudah dari sebelum ini. Melalui Facebook, beliau telah berjaya mempromosi perniagaan dan perkhidmatan dengan lebih meluas. Jika sebelum ini pelanggan beliau hanya terdiri daripada jiran dan penduduk kampung yang terdekat, kini pelanggan beliau sudah bertambah hingga ke sekitar Sindumin, Sabah. Melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Merapok, Puan Rafidah telah diperkenalkan dengan teknik promosi secara dalam talian dan bukan dalam talian. Promosi dalam talian yang diperkenalkan adalah melalui Facebook dan Whatssapp manakala promosi bukan dalam talian adalah menggunakan brosur dan risalah yang mengandungi iklan perniagaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh beliau.