Pelbagai kemudahan awam terdapat di Merapok dan keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air bersih. Merapok adalah sebuah tempat yang unik kerana lokasinya yang terletak di antara sempadan Sabah dan Sarawak dan aktiviti keluar masuk antara dua negeri tersebut adalah rutin bagi komuniti di sekitar sini. Penduduk Merapok juga turut berkongsi kemudahan yang terdapat di Sindumin Sabah seperti Klinik, Sekolah, dan Tamu iaitu tempat untuk penduduk tempatan berniaga hasil-hasil tempatan pada setiap pagi sabtu. Terdapat juga sebuah lot kedai dan empat buah kedai runcit yang menjual pelbagai keperluan harian.

Terdapat juga kemudahan awam yang ringkas seperti ejen BSN yang terdapat di salah sebuah kedai runcit di Merapok dan perkhidmatan pos bergerak daripada Pos Malaysia yang akan datang pada setiap hari Rabu. Selain itu, terdapat juga kemudahan seperti gelanggang futsal dan gelanggang badminton. 

Masjid Kampung Sasa, Merapok

Gelanggang futsal

Gelanggang Badminton

Padian Minimart,Merapok.. Kedai yang menjual pelbagai keperluan harian untuk penduduk sekitar Merapok