SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) MERAPOK

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

NADI Merapok menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua  pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan adalah:

  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

JUMLAH KEAHLIAN

NADI Merapok telah membuka keahlian kepada komuniti setempat sejak mula beroperasi pada Julai 2017. Jumlah ahli terkumpul  sehingga bulan MEI 2024 adalah:

Ahli terkini

573 Orang

 

KENALI PETUGAS NADI 

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses dan latihan secara sah sebelum dilantik menjadi petugas. Kenali kami:

 

PENGURUS

WhatsApp-Image-2023-08-07-at-8.17.26-PM

  

Nama: Khairunnisa binti Dorashid

Mula berkhidmat: 21 Januari 2023

 

 

PEMBANTU PENGURUS

WhatsApp-Image-2023-03-17-at-8.48.46-AM

 

Nama: Ain Azwin binti Jamain

Mula berkhidmat: 17 Mac 2023