Pagong Lempaki, Merapok

          Pagong bermaksud air terjun dalam Bahasa Kedayan iaitu bangsa Majoriti di Merapok. Pagong Lempaki adalah antara air terjun yang terdapat di sini dan lokasinya terletak di Kampung Lempaki, Ulu Merapok. Lokasi air terjun ini mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan menggunakan kereta dari Pekan Merapok, dan pengunjung perlu berjalan kaki selama 15 minit lagi dari jalan raya untuk sampai ke pagong tersebut.

      Simpang untuk masuk ke pagong tidak jauh daripada jambatan Sungai Lempaki, Ulu Merapok. Pengunjung perlu melalui jalan hutan dan sebuah anak sungai sebelum sampai ke pagong tersebut. Kawasan tersebut yang masih belum diterokai sepenuhnya memberikan pengalaman yang berharga buat pencinta alam sekitar. Pagong ini mempunyai beberapa tingkat dan semakin tinggi tingkat yang dinaiki, semakin menarik pemandangan yang terdapat di situ.

 

Pengunjung perlu berjalan kira-kira 15 minit melalui jalan hutan sebelum sampai ke pagong

 

 

Petugas PI Merapok dan PI Kampung Banting bersama komuniti setempat yang juga merupakan ahli PI Merapok