SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) MERAPOK
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
NADI Merapok menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan adalah:
- Pengenalan asas komputer
- Asas internet
- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
- Desktop publishing (atas permintaan)
- Latihan keusahawanan
JUMLAH KEAHLIAN
NADI Merapok telah membuka keahlian kepada komuniti setempat sejak mula beroperasi pada Julai 2017. Jumlah ahli terkumpul sehingga bulan MEI 2024 adalah:
Ahli terkini |
573 Orang |
KENALI PETUGAS NADI
Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses dan latihan secara sah sebelum dilantik menjadi petugas. Kenali kami:
PENGURUS
Nama: Khairunnisa binti Dorashid
Mula berkhidmat: 21 Januari 2023
PEMBANTU PENGURUS
Nama: Ain Azwin binti Jamain
Mula berkhidmat: 17 Mac 2023