Tarikh   : 12 September 2024

 

Masa    : 1.00 petang – 2.30 petang

 

Lokasi  : NADI Merapok

 

Peserta : 21 Orang

 

 

 

Tujuan

Memberi peluang kepada peserta menjalankan eksperimen untuk mengkaji ketumpatan cecair dan pepejal di samping menggalakkan penglibatan dan minat peserta dengan aktiviti STEM.

 

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan taklimat dan demonstrasi eksperimen oleh petugas NADI menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Program diteruskan dengan aktiviti secara ‘hands on’ oleh peserta sendiri mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Aktiviti ditutup dengan perbincangan tentang hasil dapatan dan kesimpulan melalui eksperimen yang telah dijalankan.

 

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh : 17 Ogos 2024

Masa   : 10 pagi – 3 petang

Lokasi : NADI Merapok

Peserta : 24 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi pendedahan dan menggalakkan penglibatan E- Sukan dalam kalangan komuniti dan melopori peluang pekerjaan melaui E-Sukan.

 

Aktiviti

Pertandingan antara 4 kumpulan telah dilangsungkan dengan perlawanan secara kalah mati. Petugas memantau dan memastikan semua perlawanan berjalan dengan lancar tanpa masalah teknikal.

 

Gambar disini

 

 

Tarikh : 7 Ogos 2024

 

Masa   : 1.00 petang – 2.30 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 32 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memupuk minat dan menambah ilmu pengetahuan kanak-kanak dalam bidang STEM.

 

Aktiviti

Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Petugas NADI membuat demonstrasi dan penerangan aktiviti STEM untuk menghasilkan ramuan berbuih menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Setelah itu, aktiviti ‘hands on’ oleh peserta dan dipantau oleh petugas NADI. Aktiviti diakhiri dengan sesi perkongsian dan dapatan oleh peserta tentang aktiviti yang telah dijalankan.

 

 

Gambar disini

 

 

Tarikh : 7 Ogos 2024

Masa   : 8 pagi – 9 pagi

Lokasi : NADI Merapok

Peserta : 24 Orang

 

 

Tujuan

Untuk mengisi kajian pengukuran indeks perpaduan di sekolah KPM 2024 secara dalam talian di samping mendidik pelajar menjadi lebih celik IT.

 

Aktiviti

Peserta mengisi kajian soal selidik secara dalam talian menggunakan kemudahan komputer dan internet yang terdapat di NADI. Peserta memberi bimbingan dari segi penggunaan ICT sepanjang pengisian dijalankan.

 

Gambar disini

 

 

 

 

 

Tarikh : 5 Ogos 2024

 

Masa   : 2.00 petang – 4.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 20 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi pendedahan dan pengenalan asas teknologi digital dan keselamatan siber kepada peserta kelas PLF.

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan mukadimah oleh pendidik kelas PLF. Aktiviti diteruskan dengan taklimat kenali NADI dan keselamatan siber oleh petugas NADI. Seterusnya, sesi penggunaan aplikasi digital secara ‘hands on’ yang dibimbing oleh petugas NADI. Aktiviti ditutup dengan penyerahan sijil dan cenderahati oleh kedua-dua pihak dan sesi jamuan minum petang.

 

 

Gambar disini