Tarikh : 6 Jun 2024

 

Masa   : 12.00 petang – 3.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 10 Orang

 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada guru tadika. Penggunaan aplikasi AI seperti ChatGPT dan Bing Image Creator dapat membantu guru dalam menyediakan dan merancang bahan pengajaran yang lebih interaktif dan kreatif, sekaligus meningkatkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak di samping memperkaya pengalaman profesional guru dalam dunia pendidikan moden.

 

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang konsep AI dan kegunaannya dalam pendidikan. Seterusnya, peserta diajar cara menggunakan ChatGPT dan Bing Image mengikut langkah demi langkah. Akhir sekali, aktiviti Hands On penggunaan ChatGPT dan Bing Image oleh peserta.

 

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh : 25 Mei 2024

 

Masa   : 2.00 petang – 3.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 6 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi pendedahan dan menarik minat peserta dalam bidang STEM serta meningkatkan kreativiti dan pemikiran kritikal dalam kalangan peserta. Aktiviti ini juga dapat membantu meningkatkan tahap pemerhatian peserta tentang sesuatu objek yang merupakan skil terpenting dalam kaedah sains. Sebagai contoh, membuat perbandingan saiz gambar dan bayang-bayang yang terhasil.

 

Aktiviti

Peserta dikehendaki memotong plastik lutsinar dan melekatkannya di atas cawan kertas. Peserta melukis gambar lukisan diatas permukaan plastik tersebut menggunakan marker dan magic pen. Seterusnya, pada bahagian cawan yang lain, lampu suluh diletakkan dan imej ditonjolkan ke dinding.

 

 

Gambar disini

 

 

Tarikh : 21 Mei 2024

 

Masa   : 11.30 pagi– 12.30 pagi

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan

Untuk membimbing peserta tentang cara pengisian permohonan UPU dalam talian mengikut langkah yang betul.

 

Aktiviti

Peserta dibimbing untuk memdaftar dan memasukkan maklumat diri ke dalam sistem UPU secara dalam talian. Peserta juga dibimbing untuk memilih pilihan kursus sesuai dengan taraf akademik dan minat peserta dalam sesuatu bidang.

 

Gambar disini

 

 

Tarikh : 25 Mei 2024

 

Masa   : 2.00 petang – 3.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 4 Orang

 

 

Tujuan

Untuk membina model kenderaan sesuai dengan konsep aktiviti STEM yang melibatkan proses merancang, membuat dan menguji model yang mewakili konsep atau sistem dalam kehidupan sebenar. Aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan fokus dan menguji pemikiran kritis peserta.

 

Aktiviti

Peserta diberikan kertas cardboard yang mengandungi templat model kenderaan. Peserta perlu merancang dan membina model kenderaan mengikut langkah yang betul untuk menghasilkan model kenderaan yang tepat dan kukuh.

 

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh : 8 Mei 2024

 

Masa   : 2.00 petang – 3.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 6 orang

 

 

Tujuan

Untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan keselamatan siber peserta melalui format interaktif yang menarik, membantu mereka mengenali dan melindungi diri daripada bahaya siber. Kuiz ini dapat meningkatkan pemahaman peserta tentang keselamatan dan etika ketika melayari internet, serta menggalakkan pemikiran kritis terhadap maklumat dalam talian.

 

Aktiviti

Peserta dikehendaki untuk menjawab semua soalan melalui aplikasi “Quizziz” sehingga tamat. Peserta yang mendapat tempat pertama diberi hadiah sebagai token penghargaan.

 

Gambar disini