Tarikh :15 November 2024
Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 32 Orang
|
Tujuan Untuk memberi perkongsian tentang keselamatan siber terutama kepada kanak-kanak agar menjadi warga digital yang bijak dan selamat.
Aktiviti Program dimulakan dengan aktiviti pemanasan iaitu tarian ‘Chicken dance’ dan disusuli dengan aktiviti Selamat Vs Bahaya dalam penggunaan siber. Seterusnya, petugas memberi taklimat bertajuk NADI Safe & Shield dan diakhiri dengan aktiviti membuat mahkota kertas dengan simbolik “saya warga digital yang bijak dan selamat”. Sesi bergambar juga diadakan sebelum bersurai.
|
Tarikh : 9 & 17 November 2024
Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 5 Orang
|
Tujuan Untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang peluang, cara dan kerjaya dalam industri e-sukan serta apakah sokongan dan inisiatif yang disediakan oleh KBS untuk membantu belia Malaysia mencapai Impian mereka dalam e-sukan. Kelas ini juga membincangkan tentang e-sukan sebagai kerjaya dari sudut pandang NGO.
Aktiviti Peserta melihat tayangan video di Youtube melalui saluran Podcast NADI Malaysia yang merangkumi 2 episod. Setiap peserta menonton video di PC sehingga habis. Petugas sentiasa memantau agar kelas berjalan dengan lancar.
|
Tarikh : 26 Oktober 2024
Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 5 Orang
|
Tujuan Untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang impak positif E-sukan kepada peserta dan garis panduan untuk menceburi dan bergiat aktif dalam bidang E-sukan.
Aktiviti Video kelas kesedaran e-sukan oleh National Esport Development Guidelines (NESDEG) telah ditayangkan kepada semua ahli pasukan yang telah mewakili NADI Merapok yang merangkumi 8 teras utama dalam pembangunan dan kemajuan e-sukan. Petugas memastikan program berjalan lancar dan tiada masalah teknikal berlaku.
|
Tarikh : 9 & 17 November 2024
Masa : 8.50 pagi – 10.00 pagi
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 5 Orang
|
Tujuan
Aktiviti Pasukan NADI Merapok telah bertanding dalam perlawanan kalah mati menentang pasukan NADI Kpg Baru Hilir pada minggu kedua dan NADI Jerijih pada minggu ketiga. Pasukan NADI Merapok berjaya merakam kemenangan bersih dengan skor 2-0 melawan kedua-dua pasukan. Perlawanan pusingan seterusnya akan diteruskan pada minggu hadapan. Petugas sentiasa memastikan program berjalan lancar dan tiada masalah teknikal berlaku. |
Tarikh : 15 Oktober 2024
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 26 Orang
|
Tujuan Untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika melalui program khas yang direka oleh KPM.
Aktiviti Pelajar dikehendaki log masuk sistem menggunakan ID dan kata kunci yang telah disediakan. Pelajar menjawab semua 20 soalan kuiz yang telah disediakan dan memuat turun sijil digital setelah tamat. Petugas memastikan program berjalan lancar dan tiada masalah teknikal berlaku.
|