Tarikh : 28 Jun 2024

 

Masa   : 9.00 pagi – 10.00 pagi

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 23 Orang

 

 

Tujuan

Untuk menyediakan kemudahan dan fasiliti seperti internet dan komputer kepada komuniti setempat khususnya pelajar sekolah bagi menghadiri ujian atau program dalam talian yang dikehendaki oleh pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan.

 

Aktiviti

Peserta dibimbing untuk membuka dan mendaftar menerusi laman web yang dikehendaki. Seterusnya, peserta dikehendaki menduduki ujian saringan secara dalama talian yang telah disediakan. Petugas memantau dan memastikan tiada masalah teknikal berlaku sepanjang ujian dijalankan.

 

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh : 29 Jun 2024

 

Masa   : 2.00 petang – 4.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 11 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk menggunakan internet dan komputer untuk tujuan mengisi data dan maklumat ke dalam sistem laman web.

 

Aktiviti

Peserta dibimbing untuk membuka dan mendaftar akaun AINS. Seterusnya, peserta dikehendaki mengisi data NILAM masing-masing ke dalam sistem AINS. Petugas memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang proses pengisian dijalankan sehingga selesai.

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh : 9 Jun 2024

 

Masa   : 1 petang - 3 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 10 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi pengenalan dan pendedahan tentang platform jual beli secara digital iaitu Shopee.

 

Aktiviti

Petugas memberi bimbingan kepada peserta tentang cara membuka akaun Shopee dan cara menjual barang di Shopee mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

 

Gambar disini

 

 

 

 

Tarikh : 22 Jun 2024

 

Masa   : 10.30 pagi – 2.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 3 Orang

 

 

Tujuan

Untuk mempelajari teknik membuat mini bouquet yang ringkas dan menarik disamping mengembangkan bakat dan kreativiti peserta dalam bidang kesenian. Aktiviti ini juga dapat membantu meningkatkan asas keusahawanan peserta dan membantu mereka menjana pendapatan sampingan.

 

Aktiviti

Peserta dikehendaki membuat mini bouquet menggunakan bahan-bahan yang disediakan seperti kertas hadiah, reben, bunga plastik, snek makanan dan polistren dengan kreativiti masing-masing. Petugas memberi bimbingan sepanjang aktiviti dijalankan.

 

 

Gambar disini

 

 

Tarikh : 21 Jun 2024

 

Masa   : 10.00 pagi – 12.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 1 Orang

 

 

Tujuan

Untuk menyediakan kemudahan dan fasiliti kepada komuniti untuk menghadiri kursus secara dalam talian dengan suasana yang selesa dan kondusif di samping memperkenalkan fungsi dan kemudahan yang terdapat di NADI Merapok.

 

Aktiviti

Petugas mempersiapkan kemudahan seperti desktop komputer untuk peserta menghadiri kursus digital dan memberi bimbingan dan bantuan teknikal khususnya yang berkaitan dengan ICT sepanjang kursus dijalankan.

 

Gambar disini