Tarikh : 21 Januari 2024
Masa : 10.00 pagi – 12.00 petang
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 7 orang
|
Tujuan Untuk memupuk minat peserta dalam bidang STEM dan meningkatkan daya saing dalam bidang sains dan teknologi.
Aktiviti Peserta dikehendaki membina struktur bangunan menggunakan tanah liat dan pencungkil gigi. Peserta dikehendaki memastikan kestabilan struktur yang telah dibina menggunakan bahan yang telah disediakan. Peserta juga dikehendaki membina sebuah modul rumah yang mesra alam (Panel Solar + Tenaga Angin) menggunakan bahan-bahan terpakai yang telah disediakan.
|
Tarikh : 19 Januari 2024
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 4 orang
|
Tujuan Untuk meningkatkan kemahiran peserta dari segi kreativiti, pemikiran kritis dan daya penyelesaian masalah.
Aktiviti Peserta dikehendaki membina struktur bangunan yang kukuh menggunakan botol terpakai mengikut kreativiti sendiri. |
Tarikh : 9, 10, 16, 17, 23, 24, 30, 31 Disember 2023
Masa : 9.30 AM, 12.00 PM, 2.15 PM, 3.30 PM
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 3 orang
|
Tujuan Memberi peluang kepada pelajar-pelajar komuniti setempat untuk menimba ilmu pengetahuan luar dari sekolah dengan mengikuti kelas tuisyen dengan harga yang murah dan berpatutan di samping meningkatkan kemahiran ICT dan digital peserta.
Aktiviti Pelajar mengikuti kelas secara online mengikut subjek dan masa yang telah ditetapkan menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Petugas menyediakan latihan pembelajaran dan sentiasa memantau serta memastikan kelas berjalan dengan lancar.
|
Tarikh : 6, 7, 20, 21, 27, 28, Januari 2024
Masa : 9.30 AM, 10.45 AM, 2.15 PM
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 3 orang
|
Tujuan Memberi peluang kepada pelajar-pelajar komuniti setempat untuk menimba ilmu pengetahuan luar dari sekolah dengan mengikuti kelas tuisyen dengan harga yang murah dan berpatutan di samping meningkatkan kemahiran ICT dan digital peserta.
Aktiviti Pelajar mengikuti kelas secara online mengikut subjek dan masa yang telah ditetapkan menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Petugas menyediakan latihan pembelajaran dan sentiasa memantau serta memastikan kelas berjalan dengan lancar. |
Tarikh : 12 December 2023
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 24 Orang
|
Tujuan Untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik dalam mempelbagaikan cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi maklumat semasa untuk menarik minat dan perhatian serta kefahaman anak murid.
Aktiviti Aktiviti dimulakan dengan sesi PDP KAFA menggunakan tayangan video dan montaj kepada murid. Seterusnya sesi kuiz menggunakan aplikasi Kahoot dan Quizziz. Murid juga diberikan ujian bertulis untuk memantapkan lagi kefahaman murid di akhir sesi pembelajaran. Petugas sentiasa memastikan kelas berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal.
|