Tarikh : 3 Ogos 2023
Masa : 2 – 4 petang
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 18 orang
|
Tujuan Bimbingan dan kolaberasi bersama guru KAFA SK Merapok dalam menggunakan medium digital sebagai pembelajaran.
Aktiviti Pelajar mendengar hafazan surah-surah pendek melalui aplikasi You Tube untuk mempelajari cara bacaan dan sebutan yang betul bagi setiap surah dan dibimbing oleh guru yang bertugas. Petugas memastikan sesi pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa masalah teknikal. |
Tarikh : 30 Julai 2023
Masa : 9.00 – 4.00 petang
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 5 orang
|
Tujuan Melatih dan membimbing peserta tentang teknik dan penyampaian terbaik untuk menjadi Emcee (Master of Ceremony) bagi sesuatu majlis.
Aktiviti Peserta didedahkan tentang cara persediaan dan persiapan sebelum menjadi Emcee dan diajar tentang kualiti "Engaging & Effective Emcee". Peserta mengikuti sesi latihan modul/praktikal yang disediakan dan seterusnya diikuti dengan kelas asas menulis skrip Emcee pada pukul 2 hingga 4 petang. |
Tarikh : 16 Julai 2023
Masa : 11.00 – 1.00 petang
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 1 orang
|
Tujuan Membantu dan memberi tunjuk ajar kepada peserta yang menjalani pertandingan Eurasian Spelling Bee.
Aktiviti Mengajar cara penggunaan aplikasi Zoom dan memastikan peserta dapat mengikuti pertandingan dengan baik dan lancar sehingga tamat. |
Tarikh : 29 Julai 2023
Masa : 10.00 – 1.00 petang
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 11 orang
|
Tujuan Membimbing peserta celik E-Tuisyen dalam menggunakan aplikasi pembelajaran secara dalam digital dan secara fizikal.
Aktiviti Melatih peserta celik E-Tuisyen dalam menggunakan aplikasi Zoom agar peserta lebih arif menggunakannya semasa kelas E-Tuisyen. Petugas juga mengadakan sesi mengulang kaji pelajaran dan perbincangan bersama peserta untuk menguatkan lagi pemahaman mereka tentang apa yang mereka pelajari semasa mengikuti kelas E-Tuisyen.
|
Tarikh : 15 Julai 2023
Masa : 10.00 – 11.00 AM
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 14 orang
|
Tujuan Memberikan pendedahan tentang cara menghasilkan grafik dan animasi ringkas menggunakan kod tertentu.
Aktiviti Petugas menunjukkan tayangan video kepada peserta tentang cara menghasilkan grafik animasi menggunakan kod yang ditaip pada 'keyboard'. Peserta seterusnya dilatih menaip kod dalam Microsoft Word dan membentuk rangkaian grafik animasi mengikut kreativiti masing-masing. |