Tarikh : 7 Mei 2024
Masa : 9.30 petang – 10.30 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 3 orang
|
Tujuan Untuk membimbing peserta tentang cara mengisi maklumat murid dalam Sistem Pengurusan Identiti (idMe) untuk permohonan kemasukan murid Tahun 1 bagi sesi 2025.
Aktiviti Peserta dibimbing untuk memasukkan data dan maklumat murid yang diperlukan ke dalam ruangan yang disediakan mengikut langkah demi langkah. Setelah selesai, peserta dikehendaki untuk memuat turun borang tersebut untuk dicetak.
|
Tarikh : 27 April 2024
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 6 orang
|
Tujuan Untuk meningkatkan kreativiti peserta dan meningkatkan kemahiran tangan sambil menghasilkan barang yang unik dan bernilai estetika. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi kesan sosial positif di samping mengurangkan stress dan boleh menggalakkan peserta menjana sumber pendapatan tambahan.
Aktiviti Peserta diberikan bahan keperluan aktiviti seperti kayu ukiran, benang, reben dan gam serta alat keperluan yang lain untuk menghasilkan reka bentuk menggunakan barang yang telah disediakan. Peserta diarahkan untuk menghasilkan reka bentuk mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing.
|
Tarikh : 23 April 2024
Masa : 2.30 petang – 3.30 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 2 orang
|
Tujuan Untuk memberi ilmu kepada pelajar tentang cara menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word menggunakan format dan cara yang betul.
Aktiviti Peserta diajar cara menaip surat rasmi di dalam Microsoft Word dengan menggunakan font dan tatabahasa yang betul. Peserta juga diajar cara menyimpan kerja yang dibuat didalam folder. |
Tarikh : 24 April 2024
Masa : 12.00 petang – 2.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 12 orang
|
Tujuan Untuk memberi ilmu kepada peserta tentang cara penulisan “Story Copywriting” menggunakan Microsoft Word menggunakan format, teknik dan cara yang betul disamping meningkatkan asas ICT dalam kalangan peserta.
Aktiviti Peserta diajar cara untuk membuat penulisan cerita menggunakan Microsoft Word dengan menyesuaikan format teks, margin dan susunan halaman. Peserta juga dibimbing untuk menulis cerita dengan gaya yang menarik, menyertakan tajuk menggunakan 'headings' dan 'subheadings' serta menambahkan imej atau grafik jika diperlukan. Akhir sekali, peserta dikehendaki menyemak semula ejaan dan tatabahasa dalam penulisan tersebut dan menyimpan kerja tersebut di dalam folder. |
Tarikh : 6 Mac 2024
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi : NaDi Merapok
Peserta : 4 orang
|
Tujuan Untuk memberi kemudahan kepada para guru Tabika Kemas menjalani kursus menggunakan perkhidmatan yang disediakan NaDi di samping meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan peserta. Aktiviti Peserta menghadiri kursus secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Petugas memberi tunjuk ajar dan bimbingan agar tidak berlaku sebarang masalah teknikal sepanjang kursus diadakan.
|