Tarikh : 5 Ogos 2024

 

Masa   : 2.00 petang – 4.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 20 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi pendedahan dan pengenalan asas teknologi digital dan keselamatan siber kepada peserta kelas PLF.

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan mukadimah oleh pendidik kelas PLF. Aktiviti diteruskan dengan taklimat kenali NADI dan keselamatan siber oleh petugas NADI. Seterusnya, sesi penggunaan aplikasi digital secara ‘hands on’ yang dibimbing oleh petugas NADI. Aktiviti ditutup dengan penyerahan sijil dan cenderahati oleh kedua-dua pihak dan sesi jamuan minum petang.

 

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh : 30 Julai 2024

 

Masa   : 1.00 petang – 4.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 18 Orang

 

 

 

Tujuan

Untuk membantu warga emas untuk memahami dan menggunakan teknologi digital dengan lebih baik.

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan pengenalan tentang SDEC Lawas. Aktiviti diteruskan dengan taklimat penggunaan teknologi digital oleh petugas SDEC Lawas. Peserta juga diajar secara ‘hands on’ tentang penggunaan aplikasi digital seperti cara melayari internet, menggunakan perbankan internet, platform e-dagang dan sosial media. Aktiviti ditutup dengan sesi jamuan minum petang.

 

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh : 20 Julai 2024

 

Masa   : 2.30 petang – 3.30 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 4 Orang

 

 

Tujuan

Aktiviti ringkas untuk mengisi masa lapang kanak-kanak pada hujung minggu. Aktiviti ini juga mampu meningkatkan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti penyelesaian masalah, memori visual, dan tumpuan memandangkan pemain perlu mengatur dan menyesuaikan potongan puzzle dengan tepat.

 

Aktiviti

Peserta membuka laman web “jigsaw planet” untuk bermain puzzle secara dalam talian. Peserta memilih gambar dan tahap kesukaran mengikut pilihan masing-masing dan perlu menyelesaikannya mengikut masa yang ditetapkan. Petugas memantau dan memberi bimbingan sepanjang aktiviti dijalankan.

 

Gambar disini

 

 

 

 

Tarikh : 25 Julai 2024

 

Masa   : 1.00 petang – 4.00 petang

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 12 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi pendedahan dan pengenalan teknologi digital kepada warga emas melalui penerapan penggunaan digital dalam aktiviti kelas PLF. Peserta dapat memanfaatkan teknologi digital dengan lebih baik agar mereka tidak ketinggalan dalam arus permodenan pada masa kini. Selain itu, taklimat mengenai keselamatan siber juga diadakan untuk memberi pendidikan mengenai cara melindungi diri dalam talian, mengenali penipuan siber, dan menjaga privasi.

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan mukadimah oleh pendidik kelas PLF. Aktiviti diteruskan dengan taklimat keselamatan siber oleh petugas NADI. Seterusnya, sesi pembelajaran mengenal huruf, menyusun perkataan dan aktiviti mewarna secara interaktif menggunakan platform digital seperti “WordWall” dan “Oncolouring”. Aktiviti ditutup dengan penyerahan sijil dan cenderahati oleh kedua-dua pihak dan sesi jamuan minum petang.

 

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh : 29 Jun 2024

 

Masa   : 10.00 pagi – 11.00 pagi

 

Lokasi : NADI Merapok

 

Peserta : 5 Orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk menggunakan internet dan komputer untuk tujuan menghadiri program dan pertandingan dalam talian yang dikehehendaki oleh pihak sekolah.

 

Aktiviti

Peserta dibimbing untuk membuka dan mendaftar masuk ke dalam laman web yang dikehendaki. Seterusnya, peserta menghadiri pertandingan ‘Spelling Bee’. Petugas memantau dan memastikan tiada sebarang masalah teknikal sepanjang proses pertandingan dijalankan sehingga selesai.

 

 

Gambar disini