Tarikh : 4 Mac 2024
Masa : 9.00 petang – 11.00 pagi
Lokasi : NaDi Merapok
Peserta : 2 orang
|
Tujuan Untuk membimbing peserta cara menaip dan memasukkan data menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti Peserta diajar tentang cara membuat jadual, menaip perkataan dan memasukkan data yang diperlukan di dalam Microsoft Word.
|
Tarikh : 1 Mac 2024
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : NaDi Merapok
Peserta : 1 orang
|
Tujuan Untuk membimbing peserta cara menggunakan aplikasi canva untuk membuat Port Folio.
Aktiviti Peserta diajar tentang cara membuat membuat Port Folio menggunakan aplikasi Canva. Peserta diajar cara menggunakan template tersedia, memasukkan gambar, perkataan, grafik dan elemen ke dalam rekaan Port Folio yang dihasilkan.
|
Tarikh : 24 Februari 2024
Masa : 9.00 pagi – 2.00 petang
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 20 orang
|
Tujuan Untuk mendalami penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam konteks keusahawanan dan meneroka aplikasi AI untuk meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan seterusnya memberi peluang kepada peserta untuk mengenal pasti dan mengeksplorasi peluang baru di dalam pasaran keusahawanan dan ekonomi digital.
Aktiviti -Bengkel asas TikTok Seller dan Shopee Seller -Bengkel ChatGpt (untuk penggunaan Copywriting dalam perniagaan) -Bengkel Bing AI Image Creator (Penghasilan gambar dan grafik menarik) -Bengkel asas Canva (Penghasilan poster) -Pameran keusahawanan. |
Tarikh : 3, 4, 17, 18, 24, 25 Februari 2024
Masa : 9.30 AM, 10.45 AM, 12.00 PM, 2.15 PM, 3.30 PM
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 4 orang
|
Tujuan Memberi peluang kepada pelajar-pelajar komuniti setempat untuk menimba ilmu pengetahuan luar dari sekolah dengan mengikuti kelas tuisyen dengan harga yang murah dan berpatutan di samping meningkatkan kemahiran ICT dan digital peserta.
Aktiviti Pelajar mengikuti kelas secara online mengikut subjek dan masa yang telah ditetapkan menggunakan aplikasi ‘Google Meet’. Petugas menyediakan latihan pembelajaran dan sentiasa memantau serta memastikan kelas berjalan dengan lancar.
|
Tarikh : 9 FEB 2024
Masa : 2.30 petang – 4.30 petang
Lokasi : PEDi Merapok
Peserta : 8 Orang
|
Tujuan Untuk memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kreativiti untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dan seterusnya memupuk daya saing dan minat dalam kalangan peserta dalam bidang STEM.
Aktiviti Peserta dikehendaki menghasilkan rantai kunci mengikut gaya dan kreativiti masing-masing menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. |