Tarikh : 25 Mei 2024
Masa : 2.00 petang – 3.00 petang
Lokasi : NADI Merapok
Peserta : 6 Orang
|
Tujuan Untuk memberi pendedahan dan menarik minat peserta dalam bidang STEM serta meningkatkan kreativiti dan pemikiran kritikal dalam kalangan peserta. Aktiviti ini juga dapat membantu meningkatkan tahap pemerhatian peserta tentang sesuatu objek yang merupakan skil terpenting dalam kaedah sains. Sebagai contoh, membuat perbandingan saiz gambar dan bayang-bayang yang terhasil.
Aktiviti Peserta dikehendaki memotong plastik lutsinar dan melekatkannya di atas cawan kertas. Peserta melukis gambar lukisan diatas permukaan plastik tersebut menggunakan marker dan magic pen. Seterusnya, pada bahagian cawan yang lain, lampu suluh diletakkan dan imej ditonjolkan ke dinding.
|