Latar belakang

Ikmal Hazim merupakan pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Merapok dan merupakan antara ahli yang terawal mendaftar di Pusat Internet Merapok. Ikmal merupakan anak keempat daripada lima adik beradik dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PIK. Ikmal juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan sering mewakili sekolah dalam pertandingan yang dianjurkan pada peringkat sekolah dan daerah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan PI Merapok, Ikmal Hazim hanya mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan komputer dan internet. Penggunaan komputer dan internet  juga terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui penglibatan PI daripada kelas-kelas dan program yang dijalankan, Ikmal kini sudah menguasai pelbagai jenis perisian yang mudah. Selain itu, Ikmal sudah semakin mahir menggunakan pelayar internet (internet browser) dalam mencari maklumat dan menggunakannya dengan lebih beretika.

Ikmal yang juga berbakat dan mempunyai minat dalam bidang nyanyian sering membuat pencarian maklumat seperti lirik-lirik lagu dan video nyanyian yang berkaitan sebagai latihan sebelum mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian.