Latar belakang

Nur Shidah merupakan pelajar Tingkatan lima yang merupakan antara sukarelawan dan Ahli Jawatankuasa PI yang aktif serta sering melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang dianjurkan di PI Merapok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum penglibatan PI, Nur Shidah yang tinggal di Kampung Petarikan Merapok berhadapan masalah talian internet yang kurang stabil dan memerlukan kemudahan internet yang baik bagi memudahkan pencarian maklumat dalam talian. Nur Shidah juga belum menguasai kemahiran asas dalam penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui penglibatan PI, Nur Shidah sudah dapat menguasai pelbagai perisian. Kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet juga bertambah baik. PI turut menyediakan kemudahan tempat kepada beliau dan rakan untuk membuat perbincangan atau menyiapkan tugasan-tugasan berkumpulan. Kebiasaannya Nur Shidah dan rakan sekelasnya yang lain akan berkumpul di PI Merapok pada hujung minggu.

Selain itu, Nur Shidah juga banyak mendapat pendedahan kepada asas pengurusan majlis. Melalui penglibatan sebagai sukarelawan semasa program yang dijalankan di PI, Nur Shidah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis seperti AJK Pendaftaran, AJK Hadiah dan Cenderahati, dan sebagainya. Penglibatan seperti ini selain dapat memastikan acara berjalan lancar, beliau juga akan mendapat pendedahan dan belajar cara pengendalian dan mengatur sesebuah majlis bagi memberi pengalaman kepada mereka pada masa akan datang.