Gerai makan dan minum Awangku Ahmad & keluarga merupakan gerai milik Ketua Kampung Bangkatan Encik Awangku Ahmad bin Pengiran Abu Bakar. Gerai ini adalah perniagaan keluarga yang diusahakan bersama oleh ahli-ahli keluarga beliau. Gerai ini turut menyediakan perkhidmatan katering bagi acara-acara sekitar Merapok. Pusat Internet Merapok juga biasa mendapatkan perkhidmatan katering di sini seperti katering VIP semasa Hari Bersama Komuniti.