Paadian Mini Mart adalah kedai serbaneka yang terletak di Kampung Bangkatan Merapok. Lokasi Paadian Mini Mart tidak sampai 1 KM dari Pusat Internet Merapok. Paadian bermaksud adik-beradik dalam bahasa Kedayan iaitu bahasa etnik majoriti di Merapok. Kedai ini menjual pelbagai kelengkapan harian yang memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar Merapok.