KUIH TRADISIONAL

Periuk Kera merupakan identiti Merapok dan Merapok turut mempunyai sebuah landmark periuk kera yang terletak berhampiran sempadan Sarawak dan Sabah. Periuk kera dikenali sebagai sumbui-sumbui dalam bahasa tempatan. 

Kuih Sumbui-Sumbui juga merupakan antara identiti Merapok yang mudah didapati di sini. Kuih sumbui-sumbui mengandungi adunan tepung beras dan santan kelapa yang diletakkan dan dikukus di dalam periuk kera yang telah dibersihkan.

Disebabkan adunan dikukus di dalam periuk kera, adunan tepung beras tersebut mempunyai perisa semulajadi daripada periuk kera yang mempunyai perisa yang unik dan tersendiri.