Tapai nasi merupakan kuih tradisi yang tidak asing bagi penduduk di Lawas dan Limbang. Bahan asas tapai nasi adalah nasi dan ragi yang kemudian diproses menggunakan teknik fermentasi.Tapai nasi biasanya dibungkus menggunakan daun nipah dan daun keladi. Tapai nasi yang dibungkus menggunakan daun pembungkus yang berbeza akan mempunyai rasa berbeza serta mempunyai rasa yang unik. Tapai nasi yang disejukkan di peti ais juga sesuai dijadikan pencuci mulut.