Tarikh   : 12 Mac 2022

 

Masa    : 8.30 - 1.00

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 2 orang

 

 

Tujuan

Kolaborasi dengan Ar-Rahnu Yapeim Lawas dan booth bagi memudahkan komuniti sekitar Merapok yang ingin membuat sebarang urusan atau pertanyaan  berkaitan perkhidmatan Ar-Rahnu. 

 

Aktiviti        

Perkhidmatan cucian emas percuma, pengujian ketulenan emas percuma, pendaftaran ahli Ar-rahnu Yapeim, Pendaftaran ahli ibadah korban, perkhidmatan memperbaharui insurans dan cukai jalan, serta khidmat nasihat mengenai emas.

 

 

Tarikh   : 12 Mac 2022

 

Masa    : 8.30 - 1.00 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT PEDi Merapok

 

Peserta : 14 orang

 

Tujuan

Memperkenalkan asas dan meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Word kepada pesertaserta meningkatkan kerjasama dengan agensi luar.

 

Aktiviti        

Tenaga pengajar adalah dari Kelab Belia Aktif Lawas. Modul yang diajar merupakan asas penggunaan Microsoft Word dan disertakan sijil penyertaan

 

 

Gambar seterusnya di sini

Tarikh   : 24 Febuari 2022

 

Masa    : 9.30 – 11.00

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 1 orang

 

 

Tujuan

Mengajar dan membantu peserta membuat permohonan bantuan pembiayaan Projek tahun Akhir melalui Permohonan Bantuan Pendidikan Tabung Baitulmal Sarawak

 

Aktiviti        

Peserta diberi penerangan langkah untuk mendaftar akaun sehingga selesai menghantar permohonan

 

 

Tarikh   : 8, 19, 23, 30, dan 31 Mac 2022

 

Masa    : 8.30 - 5.00 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT PEDi Merapok

 

Peserta : 19 orang

 

 

Tujuan

Membantu dan memberi tunjuk ajar kepada komuniti yang menjalani kursus secara online. Menyediakan kemudahan yang diperlukan kepada komuniti yang perlu menghadiri kursus secara online. Memastikan PEDi dapat memberikan kemudahan dan manfaat kepada komuniti yang memerlukan.

 

Aktiviti        

Memberi tunjuk ajar asas penggunaan komputer dan aplikasi Zoom kerana terdapat peserta yang baru pertama kali menjalani kursus secara online. Memastikan peserta dapat mengikuti kursus dengan lancar dan petugas segera menyelesaikan sebarang masalah teknikal yang berlaku sepanjang kursus online dijalankan. Memastikan setiap peserta tidak ketinggalan dan dapat mengikuti kursus dengan baik.

 

 

 

Gambar seterusnya di sini

Tarikh   : 13 Febuari 2022

 

Masa    : 9.00 – 12.00

 

Lokasi  : PEDi Merapok

 

Peserta : 3 orang

 

 

Tujuan

Membantu pelajar membuat permohonan melanjutkan pelajaran secara atas talian melalui laman web UPU

 

Aktiviti        

Peserta diberi penerangan berkaitan langkah-langkah membuat pendaftaran dan menyelesaikan permohonan