Tarikh : 21 Julai 2019
Masa : 10.00 hingga 11.00 pagi
Lokasi : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok
Peserta : 3 orang
|
Tujuan Meningkatkan kesedaran kepada peserta berkenaan kesedaran dan kewaspadaan dalam penggunaan internet.
Aktiviti Peserta menjawab soalan kuiz klik dengan bijak menggunakan aplikasi kuiz atas talian iaitu Kahoot. Aplikasi ini digunakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan menarik. Soalan kuiz adalah berkenaan pentingnya kesedaran berkenaan risiko yang boleh wujud daripada internet dan cara untuk menanganinya.
|
Tarikh : 20 Julai 2019
Masa : 10.00 hingga 12.00 Tengah Hari
Lokasi : Pusat Internet Merapok
Peserta : 3 orang
|
Tujuan Memberi latihan keusahawanan asas dan belajar cara membuat sushi untuk peniaga muda dan peniaga kecil-kecilan.
Aktiviti Peserta telah diajar cara membuat sushi yang mudah dengan menggunakan bahan yang ringkas dan mudah diperolehi. Peserta telah membuat beberapa jenis sushi mengikut kreativiti dan gabungan idea antara petugas dan peserta yang hadir.
|
Tarikh : 2 Julai 2019
Masa : 10.00 hingga 1.00 petang
Lokasi : Perpustakaan Desa Kampung Banting
|
Tujuan Mengadakan kerjasama dan mengeratkan hubungan dengan agensi-agensi yang pernah terlibat dengan program yang pernah diadakan sebelum ini di samping mempromosikan serta memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti.
Aktiviti Jamuan juadah hari raya serta pelbagai aktiviti dan pertandingan yang melibatkan komuniti dan agensi-agensi jemputan telah dijalankan bagi memeriahkan program.
|
Tarikh : 9 Julai 2019
Masa : 2.00 hingga 4.00 petang
Lokasi : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok
Peserta : 4 orang
|
Tujuan Memberi pendedahan kepada peserta aplikasi yang berguna untuk tujuan pembelajaran.
Aktiviti Peserta menggunakan aplikasi Quizizz iaitu kuiz secara atas talian untuk membuat ulangkaji matapelajaran bagi pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
|
Tarikh : 22 Jun 2019
Masa : 11.00 hingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Merapok
Peserta : 9 orang
|
Tujuan Memberi pendedahan kepada pelbagai jenis jenayah siber dan cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.
Aktiviti Sesi soal jawab dan perkongsian berkenaan jenayah siber dan perkara yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan penjenayah siber. Peserta menjawab kuiz bagi meningkatkan pemahaman.
|