Tarikh   : 10 Januari 2019

 

Masa    : 3.00 hingga 4.00 petang

 

Lokasi  : Pusat Internet Merapok

 

 

Tujuan

Penyerahan hadiah kepada pemenang Kuiz Dashboard Komuniti bagi tahun 2018 

 

Aktiviti

Pemenang dijemput untuk menerima hadiah tempat ketiga iaitu telefon pintar Huawei Nova 2i

 

 

 

Tarikh   : 16 Disember 2018

 

Masa    : 6.00 hingga 11.00 pagi

 

Lokasi   : Kampung Bangkatan, Merapok

 

Peserta : 20 orang

 

 

Tujuan

Menarik golongan lelaki dewasa untuk menyertai aktiviti anjuran Pusat Internet Merapok di samping mempromosikan PI sekaligus mengeratkan hubungan dengan komuniti Merapok.  

 

Aktiviti

Seramai 20 orang peserta telah menyertai acara ini. Aktiviti ini bermula sejak jam 6.00 hingga 11.00 pagi. Lokasi pertandingan adalah sekitar Kampung Bangkatan, Merapok.

 

 

 

Tarikh   : 9 Disember 2018

 

Masa    : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

 

Lokasi   : Pusat Internet Merapok & Dewan Kampung                             Bangkatan, Merapok

 

Peserta : 91 orang

 

 

Tujuan

Memperkenalkan pusat internet sebagai tempat menyediakan pelbagai kemudahan kepada komuniti,  mengeratkan kerjasama dengan komuniti, agensi terlibat serta ahli jawatankuasa kampung. Seterusnya, untuk mewujudkan komuniti mesra ict dan teknologi.

 

Aktiviti

Seramai 91 orang pengunjung telah menghadiri Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Merapok. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti, Pertandingan Kuiz Online Klik Dengan Bijak, Kuiz Dashboard Komuniti, pertandingan masakan sihat, booth agensi jemputan, pertandingan burung murai baru dan aktiviti wajib seperti pendaftaran ahli percuma dan muat turun aplikasi Dashboard Komuniti.

 

 

Tarikh    : 9 Disember 2018

 

Masa     : 9.00 hingga 10.00 pagi

 

Lokasi    : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 5 orang

 

 

Tujuan

Memperkenalkan Dashboard Komuniti, fungsi dan cara menggunakan setiap aplikasi di dalam Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti

Sebelum kuiz dijalankan, peserta diberi penerangan berkenaan Dashboard Komuniti. Kemudian, kefahaman peserta diuji menggunakan kuiz Kahoot.

 

 

Tarikh   : 8 Disember 2018

 

Masa    : 1.00 hingga 2.00 petang

 

Lokasi  : Bilik Latihan ICT Pusat Internet Merapok

 

Peserta : 9 orang

 

 

Tujuan

Memberi kesedaran berkenaan kewaspadaan penggunaan internet dan media sosial

 

Aktiviti

Kuiz online berdasarkan soalan tentang cara penggunaan internet dan media sosial yang betul