Tarikh : 8 Januari 2018
Masa : 9.00 hingga 10.00 pagi
Lokasi : Bilik Latihan ICT PI Merapok
|
Tujuan Pendedahan dan penggunaan perisian Microsoft Paint 3D
Aktiviti Peserta menggunakan perisian Microsoft Paint 3D untuk melukis bertemakan “rumahku syurgaku”
|
Tarikh : 16 Disember 2017
Masa : 09.00 hingga 10.00 pagi
Lokasi : Bilik Latihan ICT PI Merapok
|
Tujuan Memberi pendedahan mengenai asas penjagaan komputer serta cara yang betul dalam mengendalikan perkakasan komputer.
Aktiviti Petugas menunjukkan perkakasan komputer dan menerangkan fungsi serta kegunaan komponen-komponen tersebut. |
Tarikh : 29 hingga 30 November 2017 Masa : 29 November (12.00 hingga 5.00 petang) 30 November ( 8.00 hingga 1.00 petang) Lokasi : PI1M Merapok, Dewan Kampung Bangkatan Merapok, Padang SK Merapok
|
Tujuan
Hari terbuka ini diadakan bagi memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PI1M Merapok kepada komuniti setempat selain menarik lebih ramai komuniti menjadi ahli dan terlibat dalam aktiviti anjuran PI1M. Disamping itu, program ini juga dijalankan bagi merapatkan hubungan dan membina hubungan baik antara petugas dan komuniti.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor telah dijalankan sepanjang dua hari program berlangsung dan mendapat sambutan amat menggalakkan dan di luar jangkaan daripada komuniti setempat. Antara program yang dijalankan adalah Eksplorace Klik Dengan Bijak, pertandingan memancing, bowling kelapa, pertandingan masakan sayur kampung, pertandingan gubahan bunga dari bahan terbuang, tarik tali, pertandingan motosikal lambat, serta pertandingan mewarna. Setiap pertandingan dibahagikan mengikut kategori. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan adalah berdasarkan perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Kampung dari kampung-kampung di Merapok. Pihak penganjur amat berterima kasih serta berbesar hati kerana Ahli Jawatankuasa yang terlibat telah memberikan sepenuhnya komitmen dan memberi kerjasama bagi menjayakan program ini. |
Tarikh : 13 Disember 2017
Masa : 10.00 hingga 11.00 pagi
Lokasi : Bilik Latihan ICT PI Merapok
|
Tujuan
Kelas ini bertujuan memberi bimbingan dan perkongsian berkenaan asas dalam penulisan ilmiah. Peserta merupakan guru-guru Kelas Asas Fardhu Ain yang sedang menjalani Pembelajaran Jarak Jauh.
Aktiviti
Petugas mengajar cara-cara menggunakan citation APA Style. Selain itu, petugas turut berkongsi cara menggunakan APA Citation Machine yang dapat memudahkan proses penulisan rujukan serta mengajar format rujukan yang betul. |
Tarikh : 12 November 2017 Masa : 10.00 hingga 1.00 petang Lokasi : PI1M Merapok Peserta : 8 orang |
Tujuan Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta dan merupakan kelas mingguan. Kelas ini diadakan setiap hujung minggu dan dihadiri oleh suri rumah serta beberapa pelajar sekolah rendah. Kelas ini mengajar asas penggunaan komputer.
Aktiviti Majoriti pelajar masih belum mempunyai asas dalam menggunakan komputer. Modul yang diajar bermula dari cara menggunakan perkakasan dan fungsi perkakasan seperti tetikus dan pengenalan fungsi perkakasan-perkakasan lain. Peserta juga diajar asas perisian yang mudah. Sesi soal jawab adalah terbuka sepanjang kelas dijalankan.
|