Kelas Latihan Pengenalan kepada Microsoft Publisher telah dijalankan sebanyak tiga sesi pada bulan September. Kelas pertama adalah pada 15 September yang terbahagi kepada sesi pagi dan sesi petang serta pada 23 September 2017. Peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, dan peserta dewasa. Kelas ini memberi pendedahan berkenaan cara asas menggunakan Microsoft Publisher disamping menguji kreativiti peserta.

 

 

 

 

 

 Kelas asas Microsoft Publisher menggunakan tema sempena Hari Malaysia

 

 

      Tajuk utama bagi Klik Dengan Bijak yang dipilih bagi bulan September adalah Viral memandangkan isu viral merupakan antara isu yang hangat pada masa ini. Kelas Klik Dengan Bijak telah dijalankan sebanyak empat sesi pada bulan ini. Sesi pertama adalah pada 15 September 2017, 17 September yang terbahagi kepada sesi pagi dan sesi petang dan sesi ke empat adalah pada 23 Sepetember.

     Peserta telah didedahkan tentang definisi viral, tindakan yang perlu dilakukan apabila menerima sebarang maklumat yang diviralkan seperti memeriksa kandungan maklumat terlebih dahulu, mengenalpasti sumber, mengenalpasti latar belakang maklumat dan penyebar maklumat, dan sebagainya.

     Selain itu, peserta turut didedahkan berkenaan cara menggunakan portal www.sebenarnya.my. Melalui kelas tersebut, peserta dapat mengetahui dengan lebih baik tindakan yang lebih wajar dilakukan apabila menerima sebarang maklumat yang ditularkan. Melalui pendedahan kepada portal www.sebenarnya.my, peserta dapat mempelajari cara untuk mengenalpasti sesuatu berita yang diviralkan dengan menggunakan platform yang betul dan tidak terus mempercayai sebarang maklumat yang ditularkan.

 

 

 

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak anjuran Jabatan Tenaga Kerja Lawas

      Pada 23 Ogos 2017 bertempat di Taman Awam Lawas, Sarawak, PI Merapok serta dua buah PI daerah Lawas iaitu PI Kampung Banting dan PISundar telah dijemput untuk menyertai Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Lawas, Sarawak.Pihak Jabatan Tenaga Kerja Lawas telah menjemput ketiga-tiga Pengurus PI untuk persembahan Gimik Perasmian Surat Tawaran Lantikan kepada pekerja yang baru dilantik.

      Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak. Pihak kami telah mengambil kesempatan tersebut untuk membuka booth pameran sekaligus mempromosikan Pusat Internet yang masih lagi baru bagi komuniti Daerah Lawas.

 

 

Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak turut menyaksikan persembahan Gimik Perasmian Surat Tawaran Lantikan bagi Pengurus PI1M.  

 

 

Pengurus PI Merapok memberikan penerangan berkenaan Aplikasi Dashboard Komuniti dan memberikan pemeriksaan tekanan darah menggunakan I Health kepada pengunjung booth

Pertandingan Melukis Bendera Kebangsaan

      Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara yang betul untuk melukis bendera kebangsaan sekaligus memahami maksud bendera kebangsaan. Seterusnya, aktiviti ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan aplikasi Paint dan 3D Paint.

 

 

Peserta di ajar cara yang betul untuk melukis bendera kebangsaan

 

 

Petugas menerangkan elemen yang diambil kira dan cara pemarkahan pertandingan 

 

Gotong-royong menghias PI sempena bulan kemerdekaan

      Sempena bulan Kemerdekaan, PI1M Merapok turut mengadakan gotong-royong menghias PI1M dan menggantung bendera. Aktiviti ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik sempena bulan kemerdekaan di samping merapatkan hubungan antara komuniti dan petugas PI1M.

 

 

Ahli PI yang turut serta dalam gotong-royong